ShoutMix chat widget
RSS
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

bufday present and others from mr.aji




1) Samsung wave 2 ( bufday present come from Mr Aji..)
2) Oreo Cheese cake ..SR cake

As salam..now im at my hometown. so baru ada feeling2 nak updated blog.sebab?sebab ada streamyx so agak ada kelajuan la sikit dari biasa kan merasa la line internet korang tu 5 bar kan kann..monthly 60 je kot..ngee~ ok back to da topic last of my bufday tiada la celebrate beriya-riya kan,kebetulan incik bf is around maka i suke la..thx for bufday present incik bf iloike..maybe ada a few kisah tidak kisah but is good enough for me =) incik bf datang membawa beberapa slice cake yg tertulis nama i.. <3


1) Paris Hilton Handbag from my manger on my bufday..( bos tak tau pn that day is my bufday..)

2) Dolce & Gabbana - rose the one

3) Abaya frm dubai..

4) kain pasang bak kata en bf kain silk 100% also come frm dubai =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta..

emo love icons

Salam,some of my friends ada post tentang cinta la tentang keikhlasan maka setelah baca segala yg tertulis daku pun busybody nak buat post tentang ni.hehehe..Apa ada pada cinta?ibarat menunggu buah yang tidak gugur,sudah ramai dan pelbagai jenis manusia aku jumpa ( dr pengalaman diri sendiri ) :) ada yang jenis suka menipu untuk dapatkn cinta ada yang jenis hipokrit kononnya baik di mata pempuan itu..yg jenis m'ngongkong ada juga yg jenis tak ada hati.tidak dapat ku pastikan semuanya..alhamdulillah aku bersyukur dengan 'Cinta' yang aku dapat sekarang :) sederhana..dan "menghargai " seadanya aku.kalian bagaimana? jangan sampai permata di depan mata terlepas,jangan pula 'Kaca' yang dijulang..buat yang suka mengumpul collection sampai bila agaknya nak hidup begitu,tiada matlamat dan arah tuju sesungguhnya anda memang tiada prinsip bukan susah untuk 'Setia' andai anda jujur dalam satu hubungan itu..senang bangat.yg penting Jujur,Setia dan Ikhlas.tak kena bayar pun benda itu semua..moral of my post setia la pada si Dia yang SETIA..usah pecahkan hati si dia yang tulus mulus cintakan anda..tak gitu?hehehe..meh² aku tepek satu lirik yg penah aku dapat dr someone ni..kamu!cepat kawen ya! :) jangan jadi macam ni ye wahai sahabt...wassalam~


kemarin aku melupakanmu
kemarin aku tak ingat kamu
namun engkau tersenyum
sucinya cintamu
dan kini sampai akhir hidupku
ku mohon jgn tinggalkan aku
selalu dekat dengamu
engkaulah segalanya

rasa sesal tak pernah datang di awal
ketika, ketika mata rasa dan kata sudah tak berguna
teringat satu masa ketika aku terlupa
terlupa akan cinta yg ada di dalam dada
ku terpesona dng wanita berbeda
terpikat dng sinar cahaya berbeda
wanita lain yg belum tentu setia
cahaya yg tidak akan bersinar lama

tidak seperti sinarmu engkau wanita pujaan hatiku
malu ku mengakui kesalahanku padamu
jujur hati ini tak bisa tidur
ku siapkan waktu berdua denganmu
saat dimana tak bisa kuganti dng hatiku
cinta yg tlah kau beri tak dapat terganti
hanya dng untaian kata maaf dari hati ini
kau cahaya hidupku

repeat *

aku adalah lelaki yg akan dibenci
ketika ku sakiti hati wanita yg mengasihi
dia beri hati kubalas dng dusta
dia beri cinta kubalas dng luka
aku terpesona dng wanita berbeda
terpikat dng sinar cahaya berbeda
wanita lain yg belum tentu setia
cahaya yg tidak akan bersinar lama

tidak seperti sinarmu engkau wanita pujaan hatiku
malu ku mengakui kesalahanku padamu
jujur hati ini tak bisa tidur
ku siapkan waktu berdua denganmu
saat dimana tak bisa kuganti dng hatiku
cinta yg tlah kau beri tak dapat terganti
hanya dng untaian kata maaf dari hati ini
kau cahaya hidupku


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: sengal...: aYaT bUngE..

Salam..wah tetibe terselak buku lama rasa nak gelak jer klakar lak rasa tetibe terpandang ungkapan EX before this..mean dh lama lorh tahun 2004 punye cite..sgt klakar jiwang pun ade itu r namanaye kenangan hahhaha

antara ungkapanya..

* "Sayang biar bulan tak selalu purnama
Mentari tak selamanya bersinar
Mendung tak semestinaya hujan
Hatimu jua ingin ku miliki
Buat suri sepanjang usia.
."

* "Setelah menyelami dirimu tahulah abg bahawa kaulah insan yg teramat istimewa buat diri ini..keikhlasan dan keluhuran yg kau berikan umpama seribu impian yg tak pernah ku impikan..abg berbangga menjadi kekasihmu..kehadiranmu penyeri kalbuku harapanku moga tugu kasih kita akan kukuh selamanya seperti kukuhnya ingatanku terhadapmu.."

* " Sayang akanku genggam erat jemarimu dengan sepenuh rasa kecintaanku terhadapmu..semoga kasih ini bertaut selamanya.."

* "Sayang saban hari diri ini merinduimu..setiap detik ingatanku tidak pernah luput dan mengingati dirimu..biar pun jauh di mata ku harap dirimu tidak lupa pada diri ini kalau ada rindu dihatimu ketahuilah begitu juga rindu di hati ini..sesungguhnya cinta dan kasih tidak ada penghujungnya.."

wahhh dasat kan...ngeeee~~ klakar lak bile baca balik seyes klakar.. ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: Org Yg CINTAI kaMU...zass!

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

3] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

4] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

5] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

6] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

7] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

8] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

9] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

10] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

11] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

12] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

13] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

14] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

15] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

16] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

17] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

18.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

19] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

20] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

21] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta..



Now playing: Enrique Iglesias feat Ciara - Takin back my love2-Segment1(00-00-15-00-03-49)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: 13 RaHsIa cInta..

Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, anda perlu mengetahui 13 rahsia yang menjadikan cinta anda dan pasangan menjadi lebih lancar dan membahagiakan walaupun kadang kala cinta yang yang terjalin tidak kesampaian.

1. Jika seseorang yang istimewa hadir di dalam hidup anda dan dengan beberapa sebab tertentu dia terpaksa pergi, anda harus merelakannya. Jangan terlalu bersedih dan terimalah hakikat bahawa dia tercipta bukan untukmu. Walaupun tidak dapat bersama untuk selamanya, sekurang-kurangnya dia pernah hadir membahagiakan anda. Sentiasa percaya kepada jodoh kerana jika dia memang ditakdirkan untuk anda, walaupun sejuta halangan yang mendatang, dia pasti akan tetap menjadi milik anda.

2. Jangan cuba melarikan diri daripada cinta apabila cinta sudah berada di hadapan anda. Sentiasa menghargai insan yang menyayangi dan mencintai anda. Bukan mudah untuk mencari cinta kerana cinta selalunya hadir dengan hati yang tulus dan niat yang ikhlas.

3. Sentiasa berani berhadapan dengan risiko. Di alam percintaan semestinya pelbagai halangan akan ditempuhi. Hanya mereka yang benar-benar berani mampu merasai cinta yang sejati. Ingat peluang bukan selalu hadir dan mungkin itulah peluang sekali seumur hidup yang akan kamu temui. Maka apabila bertemu dengan orang yang sesuai, rebut peluang itu dan jangan biarkan dia ternanti-nantikan balasan cinta anda.

4. Belajar menghargai orang lain yang sentiasa setia di saat anda susah ataupun senang. Jangan sampai anda mengalirkan air mata akibat menyesal kerana membiarkan cinta berlalu begitu sahaja. Sudah lumrah manusia yang selalu tidak menghargai seseorang yang menyayangi kita sehinggalah orang tersebut pergi meninggalkan kita. Saat itu pasti tiada sesiapa yang akan menemani anda lagi.

5. Terdapat banyak bintang di langit, tetapi hanya sebutir bintang yang benar-benar menyerlah dan mampu menarik perhatian anda. Tetapi awas, jangan terlalu asyik memandang keindahan kemilau bintang sehingga lupa kepada rumput yang dipijak. Mungkin pasangan anda sekarang bukanlah seorang yang benar-benar sempurna di mata anda, tetapi kebijaksanaannya melayan anda, berjaya menutup kekurangannya.

. Jangan terlalu memilih. Sentiasa ingat bahawa tiada seorang manusia pun di dunia ini yang sempurna di dalam setiap aspek. Apa yang penting sentiasa berfikiran positif dan memberi peluang kepada insan yang anda sayang buktikan kebolehannya. Anda juga harus ingat, kesempurnaan dalam cinta tidak akan dapat dicapai sekiranya anda tidak berusaha bersama.

7. Cinta itu selalu membuatkan anda gembira walaupun ia kadang kala melukakan. Oleh sebab itu berikanlah cinta sejati kepada mereka yang benar-benar layak. Ini kerana bukan semua orang boleh bertahan apabila mengalami kelukaan yang diakibatkan oleh cinta.

8. Kepercayaan kepada pasangan adalah amat penting. Tanpa sikap saling mempercayai antara satu sama lain, hubungan yang terbina sudah pasti tidak akan mampu untuk bertahan lama. Jadi untuk mempercayai seseorang yang anda cintai, anda mesti membuatkan dia sentiasa mempercayai anda terlebih dahulu. Apa yang penting, sentiasa yakin dan jangan sesekali selitkan perasaan ragu-ragu terhadap pasangan apabila perasaan percaya itu telah mula wujud di dalam jiwa anda berdua.

9. Cinta memerlukan masa untuk anda menyedarinya. Walaupun ada yang percaya kepada cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa untuk insan yang seorang lagi merasai kehadiran cinta anda. Perasaan sayang dan kasih juga perlu dipupuk dan itu semua memerlukan masa supaya cinta yang terbina menjadi utuh buat selamanya.

10. Jangan sesekali berputus asa apabila wujudnya persaingan untuk merebut cinta. Anda perlu yakin dengan kehebatan dan keistimewaan anda. Namun jika anda gagal setelah berjuang, itu membuktikan anda seorang yang matang dan sentiasa positif apabila berhadapan dengan kegagalan. Tetapi sekiranya anda berjaya merebut cintanya, itu pastinya menjadi kenangan paling manis untuk anda kenang di sepanjang hidup anda.


11. Jangan bertangguh atau takut untuk meluahkan rasa hati. Biarkan dia tahu rahsia hati anda dan berikan dia sedikit masa untuk memikirkannya. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah apabila anda memberitahu insan yang anda sayang betapa penting dan istimewanya mereka di dalam hidup anda. Dengan itu anda pasti akan berasa puas dan lebih yakin untuk meneruskan kehidupan.

12. Cinta itu berasaskan pengorbanan dan tolak ansur. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu kelemahan dan kekurangan diri anda tetapi dalam masa yang sama masih boleh menerima serta mencintai diri anda seadanya. Jika kamu menemui insan sebegini, jangan sekali-kali melepaskannya kerana dia sudah pasti jodoh terbaik buat anda.

13. Sentiasa bukakan hati anda kepada insan yang anda sayangi. Jangan sekali-kali meraguinya kerana keikhlasan yang dipamerkan sudah pasti akan dapat dirasai oleh hati yang sentiasa dipenuhi oleh cinta suci.


sumber : gua.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: cIntA , kAsIh , sAyAng , HatI,,,

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.
(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat
macam mana?

SAYANG
SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.
(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

KASIH
KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara , nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.


CINTA
selalu yg terjadi....
CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


tetapi yg seharusnya ialah...

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

----------------
Now playing: Anuar Zain - Anuar Zain - Ketulusan Hati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: cEnderahati??

Cenderahati yang akan dinyatakan ini tidak dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan hari. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi.

1)Kehadiran.
Kehadiran orang yang dikasihi ialah satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat, telefon,gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif, Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.


2)Mendengar.
Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kita ketahui bahawa sikap saling sedia memdengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.

Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.


3)Diam.
Seperti kata-kata. di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan persaan cinta kita pada seseorang kerana memberinya `ruang'. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatuir dan mengkritik bahkan membebelnya.

4)Kebebasan.
Mencintai seseorang bukan bermaknak memberi kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkah kita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah salah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberi kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.

5)Keindahan.
Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang sayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda enghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.

6)Tanggapan Positif.
Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negatif tehadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya kepada kia. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.

7)Sedia Mengalah.
Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda ada memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji, tepai jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.

8 ) Senyuman.

Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita. Bilakah hari terakhir anda menghadiahkan senyuman manis??

Hadiahkan lah cenderhati ini kepada sesiapa sahaja yang anda ini berikan… Semoga hidup anda akan lebih bermakna dengan pemberian cenderahati ini.

----------------
Now playing: Chris Brown - Say Goodbye (.977 The Hitz Channel)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: Teknik Memahami Cemburu Wanita...

Teknik Memahami Cemburu Wanita...
Kebanyakan lelaki berkata mereka tidak faham apa sebenarnya yang
dimahukan oleh wanita yang cemburu. Menurut mereka, walau apa
sekalipun yang mereka buat, isteri mereka yang cemburu tetap juga
cemburu. Ditinjau daripada satu sudut, cemburu ialah manifestasi
hilangnya rasa selamat dari dalam hati si pencemburu. Hilangnya rasa
selamat bukan hanya menimbulkan cemburu, tetapi juga menghilangkan
rasa kepuasan.

Menurut pakar-pakar pikologi perhubungan, bagi seseorang wanita,
apabila dia berkahwin, dia mendapat kepuasan daripada dua sumber.
Sumber kepuasan wanita yang pertama ialah tingkah-laku suaminya
kepadanya. Dalam erti kata yang lain, dia mendapat kepuasan daripada
cara-cara suaminya melayan dirinya. Setiap kali suaminya melayan dia
dengan cara yang positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai
contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan
adalah tingkah-laku positif. Setiap kali si suami membasuh pinggan
selepas makan, maka si isteri berasa sangat puas. Ini bermakna,
untuk memuaskan hati isteri, lelaki digalakkan membuat banyak
perkara-perkara yang positif.

Sumber kepuasan wanita yang kedua datang daripada makna yang
diberikan olehnya ke atas tingkah-laku suaminya. Mana-mana perbuatan
lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mecipta rasa
kepuasan yang tinggi kepada wanita. Hasilnya, setiap kali seseorang
suami melakukan perbuatan-perbuatan begitu, maka isterinya berasa
sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan lelaki memuji masakan
isterinya diberi makna dan yang tinggi oleh si isteri. Setiap kali
seseorang suami memuji masakan isterinya, maka isterinya berasa
sangat puas. Ini bermakna lelaki perlu mengetahui pelbagai tingkah-
laku suami yang diberi makna dan nilai tinggi oleh isterinya, dan
mereka digalakkan banyak menunjukkan tingkah-laku jenis itu kepada
isteri.

Suami-suami melakukan berbagai-bagai perkara. Setiap perkara yang
dilakukannya diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara
itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu
ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa puas yang
sangat tinggi. Begitu juga yang sebaliknya. Setiap kali suami
melakukan perkara-perkara yang diberi nilai rendah oleh isterinya,
maka si isteri akan berasa amat tidak puas. Sebagai contoh,
perbuatan balik lambat diberi nilai yang amat rendah oleh wanita,
maka setiap kali lelaki balik lambat, isterinya akan berasa amat
tidak puas.

Tetapi lelaki ingin tahu, bagaimanakah wanita memberikan nilai
tinggi ataupun nilai rendah ke atas perbuatan dan tingkah-laku
suami? Beginilah cara wanita memberikan makna dan nilai ke atas
tingkah-laku suami mereka. Sebahagian daripada apa yang dilakukan
oleh lelaki, mereka hanya melakukan perkara itu dengan isteri
sahaja. Sebahagiannya pula mereka tidak pernah melakukannya dengan
isteri. Manakala ada pula perkara-perkara yang mereka lakukan baik
dengan isteri mahupun dengan orang-orang lain.

Berikut ialah kriteria yang digunakan oleh wanita untuk memberikan
nilai tinggi ataupun rendah ke atas tiap-tiap tingkah-laku suami :

1. Eksklusif dengan isteri

Bagi wanita, tingkah-laku suaminya yang bersifat eksklusif, iaitu ia
hanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri seorang sahaja,
diberi nilai yang amat tinggi oleh wanita. Contoh perbuatan
eksklusif yang dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja ialah
seks. Jadi, semua tingkah-laku seksual si suami diberi nilai yang
sangat tinggi oleh isteri selagi tingkah-laku seksual itu hanya
dilakukan oleh si suami dengan si isteri sahaja. Tingkah-laku
seksual termasuklah semua perbuatan yang mengiringi nafsu seks,
dengan persetubuhan sebagai perbuatan yang paling tinggi nilainya.
Itulah sebabnya setiap kali suaminya melakukan perbuatan-perbuatan
seksual ke atas si isteri, maka si isteri mengecapi kepuasan yang
sangat tinggi.

Kajian pakar-pakar mendapati lain-lain perbuatan lelaki yang
dianggap eksklusif oleh wanita ialah:

a. Bercakap-cakap dan berbual-bual mesra lama-lama

Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan
wanita-wanita yang menjadi rakan-rakan rapat mereka dan lelaki
menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati
isteri mereka. Tetapi, bagi wanita perbuatan ini hanya boleh
dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan
mana-mana wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu yang
kuat apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang bercakap-cakap
dan berbual-bual mesra dengan wanita lain, tanpa mengira siapa
wanita itu kepada suaminya.

b. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa

Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki
dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain.
Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang
amat kuat di hati wanita.

c. Mencurahkan masalah peribadi

Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah
peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Oleh yang demikian
perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat.

Apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat
eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah-laku itu jatuh
menjunam-junam di mata si isteri. Kepada si isteri, kini tingkah-
laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti
dulu. Itulah sebabnya, sebarang tingkah-laku seksual suaminya yang
menyebabkan perbuatan itu kini tidak lagi ekslusif dengan dirinya
seorang, ia menimbulkan reaksi cemburu yang sangat kuat daripada
isteri.

2. Eksklusif tanpa isteri

Lelaki juga melakukan pelbagai perkara dengan orang-orang lain
tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak
bermain bola dengan isterinya. Tingkah-laku suami yang tidak pernah
dibuat dengan isterinya diberikan nilai yang rendah oleh si isteri.
Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki-lelaki lain
tidak menimbulkan cemburu isterinya.

3. Inklusif

Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan-perbuatan baik dengan
isterinya, mahupun dengan orang-orang lain. Sebagai contoh ialah
perbuatan makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan
isterinya dan juga dengan orang-orang lain. Perbuatan jenis ini
diberi nilai yang sederhana tingginya. Setiap kali si suami makan
bersama isterinya, si isteri berasa sederhana puas. Jadi perbuatan
suaminya duduk makan semeja dengan rakan-rakan wanita sekerjanya
menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.

Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah-
laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh
suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah-laku itu turun,
ataupun hilang sama sekali. Akibatnya, tingkah-laku suaminya itu
tidak lagi memberi kepuasan kepadanya. Sebagai contoh, jikalau
suaminya menciumnya, dia berasa sangat puas kerana perbuatan itu
adalah eksklusif. Apabila suaminya juga mencium wanita lain, dia
akan berasa sangat cemburu. Akibatnya, apabila suaminya mencium dia,
ciuman suaminya itu tidak lagi memuaskannya.

Itulah sebabnya, setelah seseorang lelaki berkahwin lain, seks yang
serupa tidak lagi memberi kepuasan yang serupa kepada isteri tuanya.
Malah ia mungkin tidak memberikan apa-apa kepuasan lagi kepadanya,
kerana kini seks bukan lagi tingkah-laku suaminya yang eksklusif
dengan dirinya seorang. Kini suaminya juga melakukan tingkah-laku
seksual itu dengan wanita lain. Inilah faktor yang membuat nafsu
seks isteri tua menurun ataupun hilang sama sekali apabila dia
mengetahui bahawa suaminya melakukan hubungan seks dengan mana-mana
wanita lain. Jadi, walaupun seseorang lelaki masih memberikan seks
yang serupa kepada isterinya, si isteri tidak lagi mengecapi nikmat
yang sama, kerana kini nilai tingkah-laku seksual suaminya sudah
turun amat rendah, ataupun hapus sama sekali.

Tetapi apakah faktor yang sebenarnya menurunkan ataupun menghapuskan
nilai tingkah-laku si suami?

1. Perubahan tafsiran

Nilai itu turun kerana setelah suaminya melakukan seks dengan wanita
lain, kini si isteri memberikan tafsiran yang berbeza kepada semua
tingkah-laku suaminya. Perubahan tafsiran itulah yang menurunkan
nilai tersebut.

Kalau dulu si suami membelikan kain batik untuk si isteri dan
pemberian itu ditafsirkan oleh si isteri sebagai "Tanda kasih
suaminya kepada dirinya", tetapi setelah suaminya kahwin lain, kini
si isteri mengatakan "Dia belikan kain batik sebab dia hendak
menutup rasa bersalahnya." Tafsiran seperti itulah yang menyebabkan
si isteri tidak lagi mendapat kepuasan yang sama daripada kain batik
itu.

2. Perubahan penilaian

Kepuasan wanita juga hilang disebabkan cara-cara bagaimana dia kini
menilai hubungannya dengan suaminya. Nilai itu berubah apabila dia
tahu bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Dulu si
isteri berasa puas dengan apa yang dinikmati dalam perkahwinannya.
Dulu dia puas kerana sebelum suaminya curang kepadanya, dia menilai
mutu hubungannya tanpa membandingkan dengan hubungan lain. Kini, dia
percaya hubungan suaminya dengan dirinya tidak sebaik hubungan
suaminya dengan wanita lain itu. Akibat perbandingan itu, si isteri
percaya dia tidak menikmati hubungan yang sebaik apa yang dinikmati
oleh suaminya dengan wanita tersebut. Dia percaya kini suaminya
menikmati lebih banyak kepuasan dengan wanita itu, manakala dia
sendiri berasa dia tidak sepuas suaminya. Dia juga percaya suaminya
tidak berapa puas dengan dirinya dan suaminya lebih puas dengan
wanita itu.

3. Ramalan negatif

Dengan persepsi seperti itu, si isteri yakin suaminya akan melabur
lebih banyak ke dalam hubungannya dengan wanita lain itu. Malah dia
percaya ada kemungkinan suaminya akan meninggalkan dirinya sama
sekali. Itulah sebabnya kini dia tidak lagi menikmati rasa puas
dengan hubungannya dengan suaminya, walaupun suaminya masih
memberikan layanan yang sama seperti dulu.

4. Perubahan persepsi

Rasa tidak puas juga datang daripada persepsinya bahawa kini kasih
sayang suaminya sudah berkurangan, walaupun suaminya beria-ia
mengatakan itu tidak benar. Rasa tidak puas hati itu datang daripada
perasaan bahawa dirinya kini sudah tersisih dan terkeluar daripada
sebahagian aktiviti suaminya. Dalam lain perkataan, dia kini tahu
bahawa ada kalanya suaminya melakukan aktiviti-aktiviti di mana dia
tidak diberi tempat sama sekali, seperti apabila suaminya berada
bersama-sama dengan wanita lain itu.

Dia juga juga membayangkan bahawa di dalam aktiviti-aktiviti
tertentu, suaminya mendapat lebih banyak keseronokan apabila
aktiviti itu dilakukan bersama wanita itu. Seterusnya, dia juga
tidak puas hati lagi dengan apa-apa yang diterima daripada suaminya
kerana kini perkara-perkara itu tidak lagi eksklusif baginya
seorang. harap artikel ni dpt membantu korang dgn memahami pasangan masing-masing dengan baik..


----------------
Now playing: Chris Brown - Say Goodbye (.977 The Hitz Channel)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU..

JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU
Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah


Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang
isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau
10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri.
Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang
anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.


Peringkat awal ...


mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,
ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan
anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan
di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai
suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa
terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih
tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.


Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya
siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....". Ini akan
membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di
rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak
layan budak-budak ni. I penatlah..."
Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu
berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut
nanti ada isteri2 yang makan ati akhirnyer bila suami menyatakan
keinginan utk beristeri satu lagi...:).. Senantiasalah beringat bahawa
seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap
tolakan kita... sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat...
sehinggalah suami kita memaafkannya.. Kerna itu.. seboleh2nya..jangan
biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita
menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani
suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua
inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau
sebaliknyer...


Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab
akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham
keadaan isteri. Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri".
Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan
air dan berikan sentuhan saying walaupun hanya dua atau tiga minit walau
sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini,
akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.
Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang
sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah
seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari
isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu... tatkala
itu..dihatinya pasti raser sungguh gembira kerana ada yang menanti dan
meringankan bebanan emosi nya..


Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak
akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama
berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka
lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan
lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami
harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini
silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi...suami tetap merupakan
"Anak Sulung"... walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus
senantiasa didahulukan....

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh
terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa
muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada
"pendinding" akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan
dibahasakan dirinya 'Pakcik' adalah dengan sengaja di lakukan demikian
untuk memadam segala keinginan.


Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana
keadaan dirinya tak tenteram...dan dikala ini apabila ada wanita muda
menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan.
Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari
isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri
suami.

----------------
Now playing: Black Eyed Peas - Boom Boom Pow (.977 The Hitz Channel)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: kAyu 3???


Bagaimana anda tahu teman lelaki anda main kayu 3?
1. Adakah dia sentiasa memberi alasan untuk tidak keluar bersama anda? (mungkin dia ada temujanji lain)
2. Adakah dia mengelak atau tidak suka atau marah2 bila disoal? (Mungkin ada yang cuba disembunyikan)
3. Selalu mematikan hanfon tetapi memberi alasan hanfon tiada bateri, hanfon tertinggal di rumah dan apa2 jua alasan...... .. (Mungkin dia tengah keluar dengan pompuan lain)
4. Adakah dia selalu memerhati sekeliling ketika anda keluar bersama? (Mungkin dia takut terserempak Girlfriendnya yang lain)
5. Adakah dia akan senyapkan hanfon ketika keluar bersama anda? (Mungkin dia takut girlfriend dia call & takut anda syak)
6. Bila anda tidak keluar bersama, adakah dia akan call untuk memastikan anda ada di rumah atau akan tanya dengan jelas di mana anda berada? (Mungkin dia takut terserempak dengan anda & terkantoi)
Percaya la pada naluri anda.... Teman lelaki anda memang tengah main kayu 3....

p/s : bole caya ka?hurmmm..

----------------
Now playing: Lady Gaga - Just Dance (ft. Colby O Donis) (.977 The Hitz Channel)
via FoxyTunes

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: LELAKI ITU SUSAH ...

LELAKI ITU SUSAH ...


1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS