ShoutMix chat widget
RSS

Kanak-kanak 3 tahun mati didera

Salam,u olls ada tengok berita semalam?kanak-kanak berusia 3 tahun didera dan meninggal di hospital,bedah siasat menyatakan ada 73 kesan lebam dan luka di badan anak malang itu..aishhoo aku tak puas hati bila ayah dakwa anaknya lemas..hurmm ape punya ayah la ini orang..hurmm tak layak hidup kot..beralih pada ibu tiri hohohho harus la diambil tindakan tegas..apa punya manusia la ni tak berperikemanusian langsung..woii! binatang pun sayangkan anak la wei aishhoo rasa geram je bila baca huhuhu...


JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sukar untuk digambarkan betapa seksanya penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram di sini.

Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka.

Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja sanggup melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu.

Berikutan kecederaan itu, kanak- kanak tersebut, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman yang dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya. Kanak-kanak itu ini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah.

Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.

Nor Aquilla ketika ditemui memberitahu, bekas suaminya itu menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana Qistina kira-kira pukul 11 pagi ini.

Wanita itu yang tidak dapat menahan perasaan setelah melihat keadaan mayat anaknya di Bilik Mayat HSI pengsan tiga kali.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.

“Punca kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya.

“Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Roslan berkata, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira pukul 8.25 pagi semalam namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Beliau memberitahu, ibu tiri mangsa sedang dicari dan dia berkemungkinan akan ditahan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya itu meninggal dunia kerana lemas ketika mandi dalam sebuah besen di rumahnya.

Jenazah Nordiana Qistina selamat dikebumikan di kampung datuknya di Felda Tenggaroh, Mersing, kira-kira pukul 5 petang tadi.

credit : utusan malaysia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

09.01.11 - Popo si anak bulus is gone..


Salam,hari ni rasa sedih sangat last 2days popo masih sihat selepas dibawa ke berjumpa vet dia sudah mampu berjalan,almaklum popo dilanggar tapi tidak pula ketahui dilanggar apa.selepas balik dari jumpa vet popo ok sikit dah mampu makan dan berjalan.owh popo moga cepat sembuh itu yang aku doakan buat dia.last friday aku balik kerumah kulihat popo masih mampu berjalan i'm happy for that..tapi semalam popo dilihat seperti tidak stabil..tiba-tiba dia kelihatan tidak larat dan sakit yang amat sedihnya masa itu tak tahu nak cakap apa..pagi tadi aku habiskan masa belai-belai popo,terdengar popo seperti sedang menahan sakit..huhu malam tadi puas bagi popo makan ubat tapi dikancing mulutnya rapat-rapat ermm..makan tidak minum pun tidak puas aku pujuk ku sua-sua pada mulut dia..dia keluarkan balik apa yang aku suap..pagi tadi aku tenung dia bawak dia berbaring di bawah rimbunan pokok..niat dihati esok pagi mahu bawa popo bertemu vet semula kali ni maybe terpaksa bawa ke vet UPM..ermm tapi tak sampai berapa jam aku lihat popo dah tak ada..terkulai aje badan dia..T.T sedey sangat sebab aku harap dia cepat sembuh...tapi umur tak panjang.. T.T dia pergi juga..(sob..sob..sob ni yang lemah kalau bela anak bulus..)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

owh i loike this one!

Salam oleh kerana suda kembali giler bersama korean drama harus la merata daku mencari lagu serta lirik lagunya sekali :) adoii la..mesti pak aji bengang ni sibuk dgn korean aje..alololo pak aji meh² kita layan korean sama² =)) ahahahaha ...oraiteee Full story bagi you're beautiful serta lagu² yang ada telah sleamat aku book dari housemate ( Nina kecik ) ngee~ aku suek aku suek sebab bole advanced nonton itu movie :p yezza meh aku nak tepek OST You're beautiful :) tp kelihatan spt tdk lepas utk tepek lagu kt tsini hohohoho xpe nt i cari video dia ye :) *wink*




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kena langgar..

Salam tadi dapat calling dari mama katanya si tammy/popo kena langgar kesiannya...alahai dah la behave kitten tu huhuhu padahal baru keluar dari hospital sebab demam.. T.T tetibe rasa nak balik sekarang je nak tengok keadaan si tammy popo tu..bak kata mama kaki dia patah kot..sebab tak ada luka..alahai siannya..huhuhu rasa nak amek Cuti aje esok..nak bawak si tammy popo tu pegi vet..sob sob.. T.T kalau kaki patah ape treatment dia?operation ka?cian nye dia kecik lagi..alahai popo..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1st di 2011

Salam all wahh seminggu working break seminggu juga la blog tak dijenguk :) hihihi alololo majuk blog ni.ok meh² i story mory sikit kat u all ye.sepanjang cuti ni qis follow parents balik kg di PERAK,dimana? harus la Kuala Kangsar kan.. kurang lebey 5 hari juga stay kg.makanya harus la berjalan je kejenye..ke KUALA itu harus..hihihi antara tempat lain yang dilawati Ipoh,Kuala Sepetang,Cameron begini ceritanya abah teringin pulak nak menikmati Mee Udang Banjir yg agak famest lokasinya terletak di Kuala Sepetang,Perak agak hampir ke daerah Taiping.disarankan sesiapa nak makan mee udang sila kosongkan perut bebetul ye sebab mee itu berharga RM7 semangkuk.mangkuk agak besar..after that pusing² sekitar Taiping dah balik.Owh sekarang mmg musim hujan..huhuhu..esoknya aku ajak parents naik Cameron owh sgt best..nyaman dan tenang actually dr Kuala nk ke Cameron tidak la jauh mana pun tp sejam ,dua ada la..ngeee~ dari cameron beralih pula ke Ipoh bak kata mama makan best2 makanya i follow aje la...ngee~penat? SANGAT susah nak diungkap ye..huhuhuhu...owh btw to all i wish Happy New Year!!welcom 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS