Salam u olls ingat lagi kes budak dilanggar itu owh housemate aku ada beritahu benda yang sama seperti blogger ini..memang benar kos biarkan org tersebut mati lebih murah dari membiarkan dia hidup kerana kita akan menangung beban budak itu seumur hidup.antara kata-kata yg dipetik dari page blogger tersebut " Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati.. Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni..."
Tragis!
Salam,owh berblog bila rasa kerajinan itu datang pada diri hehehe owh ye last nite layan berita di TV3 kisah seorang kanak-kanak yang dilanggar dua kali sangat tragis,aku yang menonton tv time tu rasa terkedu dan terkejut how come bole jadi macam tu eh kau dah langgar should be keluar la dari kenderaan dan tengok,ini tak twice kot budak malang itu dilanggar.hurmm..paling sux masyarakat sekeiling yang lalu lalang buat dunno je ye..owh kasihan sungguh!budak malang itu terbiar terdampar disitu tanpa belas kasihan..tidak lama selepas itu ada satu lagi kenderaan yang melanggar budak malang tersebut sekali lagi..menurut berita hampir 18orang yang lalu lalang disitu buat endah tak endah sahaja end up ada seorang auntie tua yang pindah kan budak itu ke tepi dan beredar..tak lama selepas itu seorang perempuan yang angkat budak malang tersebut..owh!bersyukur kerana masyarakat kita masih ada sifat prihatin dan ambil peduli.video itu ada tapi aku rasa mesti ramai yang tak sampai hati nak tonton semula terutama kaum ibu.
Menjadi tunangan orang tanpa sedar..
Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
apabila manusia TAMAK!binatang tak bersalah menjadi mangsa!
Salam all!mesti semua ada terbaca akhbar hari ini kan berkenaan dgn pusat jagaan yang membiarkan kucing tanpa penjagaan rapi,almost 1 week tak online baru last nite dapat tau berita ni.memang sedih sangat even kitten saya tak ada dalam list tp as cat lover of coz terasa dengan tindakan manusia yg tak layak dipanggil manusi,kerana duit binatang tak bersalah menjadi mangsa ;( bila tatap semua pic2 volunteer sayu rasa hati melihat keadaan kucing-kucing tersebut saya panjatkan doa moga semua kucing dapat diselamatkan dan dipulangkan kepada owner masing-masing ;( paling sayu bila lihat ibu & anak kucing mati bersama ;( zalim nya mereka...langsung tidak amanah!sux giler!kepada sesiapa diluar sana yang hendak boarding anak bulus mereka please fikir masak-masak dan tilik habis-habisan pihak pengurusan away from HERE jika sayangkan anak bulus anda tentu anda tidak mahu anak bulus jadi seperti kucing-kucing di bawah ni kan ;(











