'Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,' kata Abah separuh
memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut
Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang
bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada
di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke
arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.
'Kenapa?' tanya Abah.
'Lailatulqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
'Kepala otak hang. Berapa lama hang tak pi masjid?'
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
'Depa tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah
tu depa angkat letak kat tanah.., ' sambung Abah berleter lagi.
Moral of the story – Rajin² lah ke masjid atau surau untuk solat berjemaah bersama²….







1 death notes..:
hehe....lawak r citer ni...ingat pengalaman betul :)
Post a Comment